Assalamualaikum....
Hampir 2 minggu saya bercuti di Kuala Lumpur... Lama rasanya tak melihat keindahan kota metropolitan ni.. Yang paling seronok ialah anak2..
Dalam masa 2 minggu ni, banyak situasi dan pengalaman yang berguna buat saya. Paling seronok ialah bila tiba waktu solat. Di setiap perhentian kami, surau2 tiada yang sunyi..Alhamdulillah... sejuk mata den memandang. Di kesempatan tu sy mempraktikkan Sunnah Rasulullah iaitu memberi salam kepada saudara Islam yang sy ketemui.. Memulakan sesuatu yang jrg2 sy buat.. mcm janggal jer pada mulanya.. Org Melayu, kulit hitam dan mak Arab.. saya melatih diri utk memberi salam... Ada beberapa org melayu yg bila saya memberi salam, mereka menjawab tanpa senyuman tetapi yang lain semuanya dengan senyuman.. mmg terasa betul bersaudara.. Besar juga nikmat memberi salam...
Saya nak berkongsi dengan sahabat2 yang sy sayangi ttg beberapa situasi yang membuatkan saya berfikir dan berfikir..
Situasi pertama
Semasa sy menunaikan solat Asar (masa di Genting highland), seorang artis juga menunaikan solat. Dalam hati saya berkata "Bagusnya.."... ketika habis solat, artis tu membuka telekung solatnya.. jelas terlihat rambutnya berwarna hitam dan pink.. Lama juga saya berfikir.." Inai ke?"... Kalaulah org bukan Islam yang lihat.. pasti mereka yakin yang ISlam membenarkan penganutnya mewarna rambut dengan apa warna sekalipun...Apalah bezanya dengan mereka...
Situasi Kedua
Kami sekeluarga menunaikan solat Asar di Surau Mid Valey.. Besar dan selesa.. org yang bersolat pun ramai.. Dalam ramai2 hamba Allah, sy terpandang beberapa wanita yang sedang berbual2 sambil melipat telekung semayang.. "mungkin dah habis solat agaknya," bisik hati saya.. Ketika keluar dari surau, sy terserempak dgn remaja2 ini.. saya terdiam sebentar..mereka keluar dari surau, dengan pakaian ala2 singlet yang beropol2.. Kalaulah orang bukan Islam yang melihat, pasti mereka yakin yang melakukan perkara yg diharamkan boleh dilakukan sekali dengan yang wajib... Apalah bezanya dengan mereka...
Situasi ketiga
Di KLcc.. saya melihat ada wanita bertudung sdg menunggu sesuatu di kawasan produk persolekan terkenal berjenama "LANCOME".. sepertinya menunggu sesuatu dicetak dari printer.. Ohh.. benar sekali.. rupanya2 wanita itu disolek oleh pekerja2 Lancome, ada sessi ambil gambar dan gambarnya dicetak utk kenang-kenangan.. pastinya kene bayar.. susah dah nak dpt free..bila gambar itu siap.. wajah wanita itu ala2 model tanpa memakai tudung.. tersenyum simpul wanita itu ketika pekerja2 Lancome tu duk memuji.. Tapi kenapa perlu mendedah? Disebabkan tertarik dengan situasi tu.. sy cuba melihat lebih dekat.. Dalam tempat persolekan tu.. sy ternampak ada seorang lagi wanita bertudung sdg disolekkan.. dalam 10-15 minit, wanita itu diarahkan oleh jurumekap cina utk pergi ke bahagian lain.. di situ wanita itu dilayan oleh pekerja cina yang lain.. tup2 wanita itu membuka tudungnya utk didandan oleh wanita cina itu di tempat terbuka.. Ya Allah.. Ampunkanlah dosa kami.. Lemahnya Iman kami dalam menegakkan Islam dalam diri sendiri... Teringat saya pada pertanyaan seorang lelaki Itali ttg isu bertudung ni.. kerana dia melihat ramai wanita Islam yang tidak memakai tudung.. "Betulkah Islam mewajibkan wanitanya memakai tudung?", dia bertanya.. Saya menjawab "Ya"... Dia bertanya sambil tersenyum," Saya melihat ramai wanita muslim yg tidak memakai tudung." Saya menjawab ringkas, " kerana itulah Allah menyediakan syurga dan neraka". Lelaki itu ketawa (sy tak tau apa yang kelakar sebenarnya..) dan berkata "Ya, awk betul.." Dia pun berlalu pergi...
Ada beberapa situasi lagi, cuma 3 situasi ni yg lebih saya ingat.. Terfikir juga saya... yang menghina Islam itu adakalanya lebih teruk dari org yang mengaku Islam sendiri.. Kerana hanya mengambil sebahagian hukum dan meninggalkan sebahagian yang lain... Apa yang saya coretkan ini hanyalah semata2 berkongsi pengajaran buat diri saya dan kepada sahabat2 yang berlapang dada untuk melihat mesej yang ingin sy sampaikan... Saya masih lagi dalam penghijrahan.. Semoga segala peristiwa yang Allah hadirkan dalam hidup saya.. akan menguatkan lagi pegangan saya...
Ingatlah... "Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum.. sehingga kaum itu mengubah dirinya sendiri.." Jangan kita harap perubahan itu datang sendiri seandainya kita tidak berusaha ke arah itu.. Wallahualam...