Seorang wanita baru selesaikan menunaikan solat Zohor.. Rambutnya disikat rapi supaya nampak kemas..
Memandangkan masih ada 25 minit lagi sebelum masuk kerja.. Dia mengambil keputusan untuk berehat di dalam surau.
Sambil melihat muslimah2 lain menunaikan solat... Hati dan Nafsu mula berbicara...
Hati : Tenang betul aku melihat muslimah tu.. Solatnya dan auratnya dijaga...
Nafsu : Alah... berlakon saja tu..
Hati : Mengapa kau berkata begitu nafsu? Bukankah kita perlu bersangka baik?
Nafsu : Apa yang baik sangat dengan menutup aurat? Apakah kau juga teringin nak menutup aurat, wahai hati?
Hati : Aku punya keinginan.. Solat aku jaga..tapi aurat masih terbuka.Nafsu : Apa kau tidak takut dicop ketinggalan zaman? kolot? Nanti tiada siapa yang akan perasan kecantikan kau. Lihat saja teman2 kau di pejabat, Mereka tidak menutup aurat, tetapi
mereka org yang baik2.. Bukankah tuhan melihat di dalam hati.. bukannya di luaran.
Hati : Aku mengetahui ttg itu.. Malah aku pernah mendengar sahabatku berkata yang Rasulullah pernah mengatakan bahawa ada seketul daging di dalam setiap manusia.. Jika baik daging itu maka baiklah semuanya.. Daging itu ialah aku. Tapi mana mungkin aku hati yang baik jika aku berani melanggar perintah Allah.
Nafsu : Alah.. Nanti bila tua sikit.. barulah taubat. Sekarang ni enjoy dulu laaa... Takpun kau tunggu jer hidayah..
Hati : Tunggu tua? Apa ada kepastian aku akan hidup sampai 60 thn? 70 thn? Aku perlu mencari hidayah wahai nafsu... Menutup aurat itu perkara mudah.. Tetapi kenapa aku rasa ianya menyusahkan?
Nafsu : Kerana aku didahulukan dari Iman yang kau ada..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hati. Ada apa dengan hati? Hati merupakan kerajaan pusat dalam tubuh manusia. Peribadi mencerminkan kesucian hati. Bersih hati maka cantiklah peribadi. Namun, jika kotor hati, maka cacatlah peribadi. Tetapi tidak dapat dinafikan hati kita sering saja berbolak balik dek kerana menjadi perebutan kuasa antara malaikat dan syaitan. Bila kita mampu mengelak godaan syaitan, percayalah hati kita akan sentiasa ke arah kebaikan. Tapi kita takkan terlepas dari hasutan syaitan yang setiap saat akan cuba menyesatkan anak Adam. Dan tempat itu adalah dari dalam diri kita sendiri..HATI.
Sudah pasti setiap mukmin tidak mahu menyimpan hati yang sakit, hati yang dikuasai oleh sifat mazmumah serta begitu sedikit atau tipis sifat mahmudah yang bertandang dalam diri. Begitu juga dengan hati yang mati, hati yang tiada nur, hati yang penuh dengan titik-titik dosa atau noda yang pasti membuatkan manusia itu lupa atau lalai dengan tujuan hidupnya di dunia....Tanyalah diri kita, adakah segala kebaikan yang dilakukan selama ini dikuasai oleh hati yang mengikut telunjuk syaitan atau pun hati yang benar-benar ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah. Itulah peperangan yang perlu dilalui oleh setiap mukmin bagi mendapatkan qalbun salim (hati yg bersih)....
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment