Sunday, December 18, 2011

Kita ini banyak merungut dari bersyukur....

Kringgggg!!!!!! Tepat jam 6 pg....
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali"...

sy meraba2 dahi anak sulong sbb malam semalam dah start nak demam... Alhamdulillah dah berkurangan bahangnya...

Kedengaran angin bertiup kencang... punyalah kuat tiupan angin, sampai terangkat2 tikar getah umah, maklumlah umah kayu, banyak ruang udara kan...

Ke tandas untuk berwuduk... namun air takde.. Mujur ada sedikit air tadahan dan air utk berwuduk.. mmg kene jimat cermat ni..

Lepas selesai apa yang dituntut.. kedengaran bunyi angin di luar rumah...
MasyaAllah!!!.. menakutkan.. Sy keluar dr rumah...Nak tgk sendiri....
Allahuakbar!!! Takutnya... Iyalah, kita tak leh nak jangka jika ada musibah yang menghampiri... Rasulullah s.a.w yg maksum pun pernah merasa gelisah bila melihat awan hitam yang berarak.. Inikan sy umatnya yang banyak melakukan dosa... resah, gelisah... hurm..

Hujan turun mencurah2 tapi air kat umah terputus pulak... Asal ujan lebat, air kat umah tak de...
Biar elektrik takde, takpe..kalau air takde.. mmg banyak keje tak bleh buat...
Uiitssss!!! Merungut ke ni?? Ish..ish... tak baik..tak baik.. tadah je lah air ujan tu (air ujan pun boleh bawa berwuduk)... Sungai kan ada... kat masjid pun ada air lagi..

Baru ujian sikit, hati dah mula start merungut.. Sambil2 kemas rumah, suami 'ON'kan TV... buke Channel 551... "Witness - Tsunami in Japan"..
Wah.. mcm kene jer siaran ni ngan cuaca sekarang... Sy pun duk nonton sekali sambil lipat2 baju...

"Ibu! Ibu! Tsunami tu tentera Allah ke?" Tanya abg Danial yang belum mandi lagi.. "A'ah" jawab sy pendek.
"Sian org kat Jepun ya Ibu.. Kenapa Allah htr tentera ke sana?" Tanya si abg lagi....
"Hmm... Dulu ibu pernah terbaca ttg kisah Nabi.. Terlupa nabi yang mana satu, tapi zaman Nabi tu.. umatnya banyak sangat melakukan kemungkaran... dah bg nasihat pun tk nak dgr, jadi Allah hapuskan kaum tersebut dgn tentera Allah...Salah satu tentera Allah tu ialah bencana tsunami..
Tapi... tak semestinya Allah htr satu2 musibah tu krn Allah murka, ada juga musibah yang Allah htr dijadikan sebagai peringatan tanda kasih sayang-Nya.... mcm kat Acheh.. " jawab sy secara spontan dgn harapan si abg akan faham...

"owh....." pendek je jwpn abg..

Mata sy masih tertumpu pada rancangan tv...
Hmm.. Hebat sungguh kuasa Allah s.w.t... teringat sy kata2 seorang penceramah agama. Katanya...
"Memang halal satu2 musibah itu diturunkan pada satu2 tempat jika tempat itu sudah tidak takut melakukan perkara2 yg haram"...

Sy ni duk kat Pulau yang kecil jer... tak dpt sy bayangkan kalau tentera Allah datang menyinggah... Allahuakbar!

Tgk penderitaan mangsa2 tsunami...mangsa2 banjir... timbul rasa insaf dalam diri... Sy ni hanya diuji sikit je ngan air takde.. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan meke...

Mmg benar.. Untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur.. kita mesti sentiasa melihat saudara2 kita yg tidak bernasib baik.. supaya rasa syukur tu sentiasa meniti di hati dan bibir kita...kan? kan? kan?

"Ya Allah Ya Rohman Ya Rohiim, tolong mantapkanlah aqidah kami, sempurnakanlah ibadah kami, dan baguskanlah akhlak kami. Jadikanlah kami benci pada perbuatan kufur, fasiq, maksiat dan durhaka serta masukkan kami pada golongan orang2 yang mendapat petunjuk. Sesungguhnya kami bermohon kepada-Mu iman yang kekal, yang terus melekat dalam hati kami. Kami bermohon agar Engkau berikan pada diri kami keyakinan yang sungguh2 pada diri-Mu sehingga kami mampu mengetahui bahwa tiada sesuatu yang menimpa kami selain dari yang Engkau tetapkan bagi kami. Maka tolong jadikan kami rela terhadap apapun yang Engkau bagikan kepada kami."

Amin... Amin Ya Rabbal Alamin...

*Moral : sentiasa berusaha bersangka baik.. walaupun kita melalui kepahitan... ♥ ♥

Friday, December 16, 2011

Bila mendengar lagu ni... hati saya merasa sayu....
tiba2 air mata mengalir... Fikiran melayang... teringat satu kenangan yang tak mungkin saya lupakan.... Rasa nak kongsi dengan sahabat2 FB terutama mereka yang bergelar ibu...

Sekitar tahun 2008.. Buat pertama kali, sy melangkah kaki ke Rumah Kebajikan Kanak-kanak untuk melihat saudara saya di sana.. Teruja rasa masuk ke kawasan tu..

Ketika kaki melangkah... menuju ke perkarangan Rumah Kebajikan tersebut... kedengaran suara kanak2 menjerit2 dari tingkap asrama...
"Ibu...!!! Ibu...!!! Ibu..!!".. Mula2 saya tidak merasa apa2... Apabila saya menghentikan langkah..saya melihat ke tingkap asrama tersebut... lambaian tangan kanak2 yang menjerit2 memanggil kalimah "ibu" itu cukup menggetarkan hati saya.. Air mata dah mula berlinangan..

Masuk ke kawasan tempat menunggu.. Saya lihat ramai kanak2 yang bermain.. pelbagai ragam, ada yang melihat kami.. ada yang teruskan bermain..dan ada yang cuba mendekati kami...
Kami dihidangkan dengan air teh panas dan sepinggan biskut chipsmore... Tak lama kemudian ada seorang budak lelaki, anggaran saya dalam usia 7-8 thn menghampiri dan meminta biskut yang telah terhidang... "lapar..." katanya.. Kami menghulurkan pinggan...dan dia sungguh gembira...

Bila melihat anak2 ini.. rasa seperti nak peluk kesemuanya... sedih, simpati..perasaan bercampur2... Kalau nak diceritakan, mmg 3 hari 3 malam tak habis...

Cuma yg ingin sy kongsikan dan bermuhasabah bersama sahabat2 FB ialah bila penghuni di situ bertanyakan satu soalan kepada saya...
Soalannya berbunyi...

"Saya ni bertuah ke bila ditempatkan di rumah kebajikan?"

Saya memandang jauh ke hadapan sambil menarik nafas dalam2.. menahan sebak sebenarnya..

Saya jawab...

"Adik sangat bertuah... krn masih ramai anak2 yang terbiar di luar sana.. tak dapat merasa apa yang adik rasa di dalam rumah kebajikan.. Mereka tidur di tepi jalan, mencari sesuap nasi pun belum tentu dapat. Ada yang hidup sendirian.. tapi adik masih ada mereka2 yang sanggup menjaga... menguruskan segala keperluan. Walaupun adik tak mendapat kasih sayang dari ibu dan ayah.. Adik masih mendapat kasih sayang dari kawan2 dan penjaga di situ. Dan kasih sayang Allah tu lebih banyak dari apa yang kita dapat dari org2 sekeliling..Lihat pada diri adik, apa yang kurang lagi? Adik boleh melihat, mendengar, malah boleh bergerak ke sana ke mari.... Adik tahu tak apa yang adik dapat kat rumah tu yang akak tak dapat?"

Dia menggelengkan kepala.

"Adik dapat belajar susah senang dari kawan2 yang mempunyai pelbagai latar belakang. Kesusahan itu yang menjadikan adik seorang hamba Allah yang kuat.. Akak belum tentu sekuat adik. Cuma kita dilahirkan di jalan yang berbeza.. namun tujuan kita hidup di dunia tetap sama..."

Dia menarik nafas panjang... namun air matanya tumpah di saat2 jawapan saya habis dilafazkan...

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul...
Namun setiap ujian itu PASTI ada hikmahnya...

Dan haruslah saya dan sahabat2 sekalian berpegang bahawa bila
Allah menduga bermakna Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yang cukup bermakna dan yang lebih PENTING moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita MASA untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya.

ALLAH swt tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN. Allah telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yg mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan ialah pada Surah al-Insyirah ayat 5 dan 6...

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan [5], sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan [6].”

Allah berjanji dalam surah Al-Insyirah, ayat 5-6, yang mana, setiap kesusahan ada kemudahan. Betapa Allah mahu kita bersabar, Allah menegaskan lagi perkara tersebut dalam ayat ke 6, surah yang sama.

Salam sayang...
-SygTioman-