Friday, December 16, 2011

Bila mendengar lagu ni... hati saya merasa sayu....
tiba2 air mata mengalir... Fikiran melayang... teringat satu kenangan yang tak mungkin saya lupakan.... Rasa nak kongsi dengan sahabat2 FB terutama mereka yang bergelar ibu...

Sekitar tahun 2008.. Buat pertama kali, sy melangkah kaki ke Rumah Kebajikan Kanak-kanak untuk melihat saudara saya di sana.. Teruja rasa masuk ke kawasan tu..

Ketika kaki melangkah... menuju ke perkarangan Rumah Kebajikan tersebut... kedengaran suara kanak2 menjerit2 dari tingkap asrama...
"Ibu...!!! Ibu...!!! Ibu..!!".. Mula2 saya tidak merasa apa2... Apabila saya menghentikan langkah..saya melihat ke tingkap asrama tersebut... lambaian tangan kanak2 yang menjerit2 memanggil kalimah "ibu" itu cukup menggetarkan hati saya.. Air mata dah mula berlinangan..

Masuk ke kawasan tempat menunggu.. Saya lihat ramai kanak2 yang bermain.. pelbagai ragam, ada yang melihat kami.. ada yang teruskan bermain..dan ada yang cuba mendekati kami...
Kami dihidangkan dengan air teh panas dan sepinggan biskut chipsmore... Tak lama kemudian ada seorang budak lelaki, anggaran saya dalam usia 7-8 thn menghampiri dan meminta biskut yang telah terhidang... "lapar..." katanya.. Kami menghulurkan pinggan...dan dia sungguh gembira...

Bila melihat anak2 ini.. rasa seperti nak peluk kesemuanya... sedih, simpati..perasaan bercampur2... Kalau nak diceritakan, mmg 3 hari 3 malam tak habis...

Cuma yg ingin sy kongsikan dan bermuhasabah bersama sahabat2 FB ialah bila penghuni di situ bertanyakan satu soalan kepada saya...
Soalannya berbunyi...

"Saya ni bertuah ke bila ditempatkan di rumah kebajikan?"

Saya memandang jauh ke hadapan sambil menarik nafas dalam2.. menahan sebak sebenarnya..

Saya jawab...

"Adik sangat bertuah... krn masih ramai anak2 yang terbiar di luar sana.. tak dapat merasa apa yang adik rasa di dalam rumah kebajikan.. Mereka tidur di tepi jalan, mencari sesuap nasi pun belum tentu dapat. Ada yang hidup sendirian.. tapi adik masih ada mereka2 yang sanggup menjaga... menguruskan segala keperluan. Walaupun adik tak mendapat kasih sayang dari ibu dan ayah.. Adik masih mendapat kasih sayang dari kawan2 dan penjaga di situ. Dan kasih sayang Allah tu lebih banyak dari apa yang kita dapat dari org2 sekeliling..Lihat pada diri adik, apa yang kurang lagi? Adik boleh melihat, mendengar, malah boleh bergerak ke sana ke mari.... Adik tahu tak apa yang adik dapat kat rumah tu yang akak tak dapat?"

Dia menggelengkan kepala.

"Adik dapat belajar susah senang dari kawan2 yang mempunyai pelbagai latar belakang. Kesusahan itu yang menjadikan adik seorang hamba Allah yang kuat.. Akak belum tentu sekuat adik. Cuma kita dilahirkan di jalan yang berbeza.. namun tujuan kita hidup di dunia tetap sama..."

Dia menarik nafas panjang... namun air matanya tumpah di saat2 jawapan saya habis dilafazkan...

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul...
Namun setiap ujian itu PASTI ada hikmahnya...

Dan haruslah saya dan sahabat2 sekalian berpegang bahawa bila
Allah menduga bermakna Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yang cukup bermakna dan yang lebih PENTING moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita MASA untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya.

ALLAH swt tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN. Allah telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yg mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan ialah pada Surah al-Insyirah ayat 5 dan 6...

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan [5], sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan [6].”

Allah berjanji dalam surah Al-Insyirah, ayat 5-6, yang mana, setiap kesusahan ada kemudahan. Betapa Allah mahu kita bersabar, Allah menegaskan lagi perkara tersebut dalam ayat ke 6, surah yang sama.

Salam sayang...
-SygTioman-

No comments:

Post a Comment