Thursday, August 30, 2012

Merdekakah kita?


Merdeka!! Merdeka!! merdeka!!!!
Laungan keramat ini benar-benar bermakna sewaktu ianya dilaungkan 55 tahun yang dulu..


Kini.. Laungan itu masih kedengaran.. Tapi.. setakat manakah makna MERDEKA ini dirasai oleh jiwa-jiwa muda Malaysia sekarang..

Baru2 ini, seorang artis ditemubual di dalam satu rancangan pagi.. soalan yg ditanya...

"Apakah makna kemerdekaan pada diri saudara?"...

sy mendengar jawapan artis tu... dengan penuh perhatian.. (kebetulan artis tersebut mmg popular.. mesti  nak dgr tafsir kemerdekaan yg dia pegang...)

"... errr.. kalau tanya semua org.. biasanya jawapan yg kita dapat adalah sama..  kemerdekaan bermaksud kebebasan.. kebebasan dari penjajahan.. Tapi bagi sy, erti kemerdekaan ini kita kene tau dari 'root'nya.."

Wah! Bila sy dengar jawapannya..'especially' tang 'root' tu.. sy tersenyum.. apakah yang dimaksudkannya dgn akar kemerdekaan tu... Pejuang2 kemerdekaankah?

Sy melayari internet.. buka kembali laman2 yg menunjukkan sambutan kemerdekaan yang lepas2.. Meriah sekali .. Adakah sy suka melihat kemeriahan tersebut.. ?
Jawapannya TIDAk.. kerana dalam kemeriahan itu sy lihat kita sebenarnya masih dijajah...

Fikiran saya masih 'menggali' perkataan 'root' tadi..  Akarnya pasti mengisahkan perjuangan.. Perjuangan siapakah yang patut kita letak di hadapan sebagai asas kemerdekaan.. bukan kemerdekaan negara.. tetapi kemerdekaan diri..
Kerana sy fikir.. ramai yang rasa negara dah bebas, tapi masih terlupa diri masih dijajah..

Tiba2... hati saya merasa sebak....
"Ya Rasulullah..... Perjuanganmu mengatasi segalanya... Apa yang kau bawa itulah yang sebenarnya memerdekakan kami dari lautan api neraka....."

Akar perjuangan yg kita lupakan... adalah perjuangan Rasulullah SAW...

Lihat saja saudara kita sekarang ini (termasuk diri sy sendiri).. berapa banyakkah kita memerdekakan diri kita dengan melakukan suruhan baginda?

Apalah maknanya.. melaungkan "merdeka!merdeka!merdeka!".. tapi muslimah tak menjaga aurat dan batas pergaulan dengan yg bukan mahram... si lelakinya bertindik, bersubang dan sebagainya..Malah sudah hilang sebahagian dari iman iaitu rasa MALU....

 Allahuakbar!!

Siapakah yang patut dipersalahkan?
Jangan sesekali kita menyalahkan org lain.. krn Allah dah anugerahkan kita akal dan iman..
Kita dah dpt hidayah sejak kita lahir sebagai Islam...
"Siapa yang berusaha, pada adatnya akan berjaya"....

Marilah kita sama2 memeriksa diri kita.. adakah kita masih dijajah oleh ajaran yang bukan akarnya dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW..
Mudah2an..  Usaha kita memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik di sisi Allah dan Rasul-Nya.. dapat menyelamatkan keturunan kita yang kita sendiri tidak pasti.... samada mereka akan MERDEKA.... atau MATI...

Wallahua'lam...


"katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
- QS. Ali Imran : 31



SygTioman31082012

Monday, July 9, 2012

:: Muhasabah Diri ::

segala kesulitan itu adalah Ujian.. Dan kesenangan itu juga Ujian..
Senantiasalah kite bermuhasabah diri supaya kita tak leka dengan kesenangan dan tidak terus terbelenggu dengan kesulitan.. 
Moga2 kitakan menjadi hamba Allah yang bukan hanya hebat pada luarannya.. tapi 'berkualiti' di dalamnya..

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” 
-Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Pencari Jalan-Mu ...

Thursday, July 5, 2012

Akal dan Iman...

Salam Jumaat...


Hari ni nak sembang2 ttg Akal dan Iman.. :)
Tidak selalunya akal itu benar dalam meyakini sesuatu..
Adakala akal akan menolak sesuatu yg benar.. contohnya apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kite.. (bab aurat, bab fardhu ain dan sebagainya..)

tapi untungnya bila kita mempunyai iman..iman akan menyakinkan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah benar sebenar2nya..
... dan Taqwa itu memelihara iman kita..


Semakin kita perbaiki hubungan dengan-Nya..semakin iman kita bertambah.. dan sebaliknya, ia akan terus susut hingga kita hanya percaya tetapi tidak meyakini..
Sy cuma 'tersentuh' bila melihat saudara muslimah kite yg 'main2' dgn bab aurat.. pagi pakai tudung.. petang dibuka..


biase responnya bila ditegur...
1) Ikut suka hati aku laa.. dosa sendiri tanggung laa..
2) kubur lain2 la.. Jgn nak menyibuk.
3) Ada aku kesah??
4) Sy tak bersedia lagi nak tutup aurat
5) Allah tgk hati, bukan luaran..
6) Belum dapat hidayah..

Jwapan kepada respon di atas..
1) mmg dosa tanggung sendiri2.. tapi yg melihat, kalau tak cuba menegur anda.. kat akhirat nanti..,awk akan salahkan sy sbb saya tak tegur awak.
2) Mmg betul kubur lain2..sbb tu sy nak bantu awak sebelum awk dan sy masuk kubur..
3) Awk tak kisah..tapi sy kisah sbb ...
Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim yg bermaksud...
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".
4) Mana boleh tak bersedia... Allah dah bagitau dalam Quran sebelum kita lahir kat dunia lagi... Nak mati pun kite tak sedia..Tapi Mati tetap kan tibe tanpa disangka2..
5) Mmg betul.. tapi luaran yang dimaksudkan tu bukan tubuh yg melanggar hukum-Nya..Kan Rasulullah pernah bersabda.."dalam badan setiap manusia ada seketul daging. Bila baik daging tu, maka baiklah segala anggotanya.. Daging itu adalah hati.. Mana mungkin hati je baik, tapi luaran kita menunjukkan kita derhaka pada Allah? Luaran yg dimaksudkan lebih kepada rupa fizikal seseorang..ada cantik, manis.. Cthnya mcm bilal bin Rabah.. walaupun kulitnya 'tersangat' gelap... tetapi Allah lihat pada hatinya yg bersih.. kalau manusia, dia tgk luaran dulu.. baru ke hati.. kan?
6) Hidayah perlu dicari... bukan ditunggu..

iman umpama semut hitam yang berjalan diatas batu hitam di malam yang gelap..tak nampak tp ia ada..yakin la dengan iman..moga bersama mendapat keberkatannya..insyaAllah..amin..

*saya tak tujukan pd sesiapa, sekadar berkongsi rasa hati.. Sbb masing2 punya pilihan.. atas rasa kasih sayang... jomlah kita perbetulkan diri kita yang sokmo2 tersasar dari landasan.. Insya-Allah.. ♥