Thursday, August 30, 2012
Merdekakah kita?
Merdeka!! Merdeka!! merdeka!!!!
Laungan keramat ini benar-benar bermakna sewaktu ianya dilaungkan 55 tahun yang dulu..
Kini.. Laungan itu masih kedengaran.. Tapi.. setakat manakah makna MERDEKA ini dirasai oleh jiwa-jiwa muda Malaysia sekarang..
Baru2 ini, seorang artis ditemubual di dalam satu rancangan pagi.. soalan yg ditanya...
"Apakah makna kemerdekaan pada diri saudara?"...
sy mendengar jawapan artis tu... dengan penuh perhatian.. (kebetulan artis tersebut mmg popular.. mesti nak dgr tafsir kemerdekaan yg dia pegang...)
"... errr.. kalau tanya semua org.. biasanya jawapan yg kita dapat adalah sama.. kemerdekaan bermaksud kebebasan.. kebebasan dari penjajahan.. Tapi bagi sy, erti kemerdekaan ini kita kene tau dari 'root'nya.."
Wah! Bila sy dengar jawapannya..'especially' tang 'root' tu.. sy tersenyum.. apakah yang dimaksudkannya dgn akar kemerdekaan tu... Pejuang2 kemerdekaankah?
Sy melayari internet.. buka kembali laman2 yg menunjukkan sambutan kemerdekaan yang lepas2.. Meriah sekali .. Adakah sy suka melihat kemeriahan tersebut.. ?
Jawapannya TIDAk.. kerana dalam kemeriahan itu sy lihat kita sebenarnya masih dijajah...
Fikiran saya masih 'menggali' perkataan 'root' tadi.. Akarnya pasti mengisahkan perjuangan.. Perjuangan siapakah yang patut kita letak di hadapan sebagai asas kemerdekaan.. bukan kemerdekaan negara.. tetapi kemerdekaan diri..
Kerana sy fikir.. ramai yang rasa negara dah bebas, tapi masih terlupa diri masih dijajah..
Tiba2... hati saya merasa sebak....
"Ya Rasulullah..... Perjuanganmu mengatasi segalanya... Apa yang kau bawa itulah yang sebenarnya memerdekakan kami dari lautan api neraka....."
Akar perjuangan yg kita lupakan... adalah perjuangan Rasulullah SAW...
Lihat saja saudara kita sekarang ini (termasuk diri sy sendiri).. berapa banyakkah kita memerdekakan diri kita dengan melakukan suruhan baginda?
Apalah maknanya.. melaungkan "merdeka!merdeka!merdeka!".. tapi muslimah tak menjaga aurat dan batas pergaulan dengan yg bukan mahram... si lelakinya bertindik, bersubang dan sebagainya..Malah sudah hilang sebahagian dari iman iaitu rasa MALU....
Allahuakbar!!
Siapakah yang patut dipersalahkan?
Jangan sesekali kita menyalahkan org lain.. krn Allah dah anugerahkan kita akal dan iman..
Kita dah dpt hidayah sejak kita lahir sebagai Islam...
"Siapa yang berusaha, pada adatnya akan berjaya"....
Marilah kita sama2 memeriksa diri kita.. adakah kita masih dijajah oleh ajaran yang bukan akarnya dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW..
Mudah2an.. Usaha kita memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik di sisi Allah dan Rasul-Nya.. dapat menyelamatkan keturunan kita yang kita sendiri tidak pasti.... samada mereka akan MERDEKA.... atau MATI...
Wallahua'lam...
"katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
- QS. Ali Imran : 31
SygTioman31082012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment